Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan sesi sidang media tergempar berkenaan isu membabitkan FIFA.
Pada 27 September lalu, FIFA dalam satu kenyataan telah menghukum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan 7 pemain warisan atas dakwaan pemalsuan dokumen pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 lalu.
7 pemain warisan Harimau Malaya iaitu Facundo Garces, Jon Irazabal, Gabriel Palmero, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Hector Hevel dan Joao Figueiredo digantung setahun selain denda berupa wang.
Sementara, FIFA pula menjatuhkan hukuman denda berupa duit kepada pihak FAM selain membuka ruang untuk proses rayuan seandainya badan induk bola sepak negara itu ingin kemukakan.
FAM menerusi satu kenyataan menyatakan bahawa terdapat kesilapan teknikal dilakukan oleh salah seorang staf ketika mengirimkan dokumen sebelum ini dan bersedia menghantar rayuan.
Kini, perkembangan baharu berkemungkinan akan dikongsi oleh pihak FAM untuk menjawab lebih lanjut mengenai kes yang telah pun mendapat perhatian seluruh dunia ketika ini.
Info Siaran Langsung Sidang Media FAM
Tarikh: 17 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa: 3 petang.
Venue: Wisma FAM, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Youtube Astro Arena.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.