Live: Vietnam vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Siaran TV Bola Sepak Sukan SEA
MakanBola
FA Malaysia

Tonton aksi Vietnam vs Malaysia di pentas Sukan SEA secara langsung dari Stadium Rajamangala, Bangkok.

Pertemuan yang dinantikan ramai menemukan Vietnam vs Malaysia dalam aksi kumpulan B Sukan SEA 2025 dengan kedua-dua pasukan memburu tempat ke pusingan separuh akhir.

Ketika ini, skuad bimbingan Nafuzi Zain ini memimpin carta kumpulan B dengan mengumpul 3 mata bersama Vietnam, namun kelebihan jaringan memihak pasukan muda Malaysia.

Keputusan seri sudah cukup untuk membawa Malaysia B-23 ke separuh akhir selaku juara kumpulan tatkala Vietnam pula akan mara sebagai satu-satunya naib juara kumpulan terbaik.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika aksi peringkat kumpulan Piala Asia B-23 di Qatar pada tahun lalu yang menyaksikan Malaysia tewas 0-2 hasil sepakan penalti Vietnam.

Kesebelasan Utama Vietnam vs Malaysia

Info Siaran Langsung Vietnam vs Malaysia

Tarikh: 11 Disember 2025 (Khamis)
Masa: 5 petang waktu Malaysia
Venue: Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, TV Okey dan TVS.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.