Empat pemain terlepas menyertai skuad Malaysia yang dipilih Peter Cklamovski untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal.
Ini selepas pengurusan skuad kebangsaan mengumumkan senarai kesebelasan utama dan pemain simpanan untuk aksi berkenaan.
Empat pemain yang terpaksa disisihkan Cklamovski ialah Azam Azmi Murad, Aliff Izwan Yuslan, Luqman Hakim Shamsudin dan Ryan Lambert.
Nama Azam terpaksa diketepikan Cklamovski dalam skuad kali ini. Ini kerana skuad Harimau Malaya memiliki ramai pemain beraksi di posisi bek kanan seperti Dion Cools, Matthew Davies dan Quentin Cheng.
Faktor pengalaman pula dilihat mempengaruhi keputusan Cklamovski untuk tidak memilih nama Luqman, Aliff Izwan dan Ryan dalam skuad kali ini.
Arif Aiman Hanapi dan Safawi Rasid menjadi taruhan jurulatih Australia itu untuk merobek gawang Nepal.
Penyokong yang ingin menonton perlawanan ini secara langsung boleh mendapatkannya dengan menekan pautan ini.