Penyerang muda berprolifik negara, Luqman Hakim akhirnya melakukan debut bersama skuad Negeri Sembilan dan Liga Super.
Nama Luqman Hakim tidak asing lagi dalam kancah bola sepak Malaysia selepas namanya mula meniti di bibir peminat pada tahun 2019.
Ianya disebabkan gol jarak jauh Luqman ketika aksi mewakili Malaysia di kejohanan kelayakan Piala Asia B-19 pada tahun 2019 melawan Kemboja.
Beliau telah melakukan debut ketika aksi bertemu Imigresen dalam saingan Liga Super minggu ke 5.
Luqman telah dimasukkan bagi menggantikan A Selvan pada minit ke 66′ perlawanan dilihat berjaya membuat satu pergerakan berbahaya sejurus dimasukkan.
Luqman Hakim dan Negeri Sembilan bakal meneruskan aksi dalam saingan Liga Super pada 27 September dengan menentang Sabah di halaman sendiri.