Luqman Hakim Ledak Gol Sulung Liga Super
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Keinginan Luqman Hakim Shamsudin untuk meledakkan gol sulung dalam Liga Super akhirnya menjadi kenyataan.

Sebelum ini, penyerang Negeri Sembilan FC itu melaungkan keazaman untuk memburu gol menjelang aksi menentang Terengganu FC.

“Bagi saya, peranan yang dipegang mudah, cuma saya mahu menjaringkan gol,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

“Semestinya, saya mahu membuka tirai jaringan peribadi. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik.”

Kini, hasrat penyerang berusia 23 tahun itu menjadi kenyataan apabila meledakkan gol pertama buat Negeri Sembilan pada minit akhir babak pertama.

Gol Luqman bukan saja gol pertama beliau bersama Sang Rusa musim ini. Malah, beliau meneruskan rentak gol selepas meledakkan dua gol dalam aksi persahabatan menentang Timor Leste.

Negeri Sembilan mendahului 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi. Pelawat turut beraksi dengan 10 pemain apabila Kyaw Min Oo dibuang padang pada babak pertama.