Penyerang muda Kebangsaan, Luqman Hakim mahu mengangkat nama kembali selepas berkelana di luar negara selama 5 tahun.
Luqman yang ingin menaikkan namanya kembali selepas hampir dilupakan oleh peminat bolasepak tanah air selepas menyertai Negeri Sembilan dari kelab Jepun.
Selain itu, Luqman mahu melunaskan hasrat arwah bapanya untuk menjadi pemain bolasepak terbaik di Malaysia.
“Itulah salah satu perkara yang membuatkan saya jatuh selama dua bulan sebab saya tidak sempat jumpa arwah ayah saya,”
“Pengajaran yang saya dapat hanya satu saya terlalu sibuk untuk perlawanan di Jepun yang bertempat di stadium sendiri atau pelawat,”
“Saya tidak sempat untuk membuat panggilan video bersama arwah bapa saya. Saya hanya sempat menghantar pesanan kepada ibu saya,”
“Musim ini saya membawa semangat baharu dan semangat arwah ayah saya bagi membuktikan diri saya sendiri. Dia (arwah bapa) tahu saya kuat dan mampu menjadi pemain bolasepak terbaik dan hebat di Malaysia,” kata Luqman Hakim ketika sesi temubual bersama Astro Arena.
Negeri Sembilan akan membuka tirai perlawanan Liga Super dengan menentang skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 12 Ogos ini.