Mahkota Liga China Milik Shanghai Port
MakanBola
Shanghai Port FC

Lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) seterusnya dalam ACLE, Shanghai Port kini bergelar juara Chinese Super League (CSL).

Ini selepas AFC meraikan pencapaian pasukan itu bergelar juara buat kali keempat. Shanghai mempertahankan gelaran juara yang dimenangi sejak musim 2023.

Lebih menarik, ini trofi kesembilan yang dimenangi Kevin Muscat dalam karier kejurulatihannya. Kesemua trofi yang dimenangi jurulatih Shanghai itu diraih di benua Asia.

Selain Shanghai, legenda Wolves itu turut mengecapi trofi bersama Melbourne Victory dan kelab gergasi Jepun, Yokohama F. Marinos.

Shanghai meraih kejuaraan apabila menewaskan Dalian Yingbo dalam aksi terakhir liga pada 22 November lalu.

Gabrielzinho muncul wira pasukan itu dengan meledakkan gol kemenangan seawal minit keempat. Leo muncul penjaring terbanyak liga Shanghai dengan 21 gol.

Anak buah Muscat berpeluang menutup tahun 2025 dengan kemenangan apabila menentang JDT dalam aksi ACLE di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 9 Disember ini.