Malayan Tigress Benam Tentangan Bangladesh
MakanBola
FA Malaysia

Malayan Tigress membuka kempen Tri Nations Women’s International Series 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan tuan rumah, Bangladesh 1-0.

Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan skuad wanita Malaysia bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2025 yang berlangsung pada Disember ini.

Selain itu, ini memberi peluang kepada jurulatih Malayan Tigress, Joel Cornelli bereksperimen dengan menurunkan barisan pemain berbeza.

Penjaga gol berkaliber, Nurul Azurin Mazlan diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai skuad wanita negara untuk aksi menentang Bangladesh.

Pemain Selangor FC, Ainsyah Murad muncul wira Malayan Tigress dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-28.

Bangladesh cuba bangkit untuk mendapatkan gol penyamaan. Malangnya, setiap percubaan mereka dinafikan Azurin sehingga wisel penamat.

Malaysia kini mengalihkan fokus kepada aksi kedua kejohanan menentang pasukan ke-74 dunia, Azerbaijan pada 29 November ini.