Malayan Tigress Tewas Tipis Kepada Hong Kong
MakanBola
FA MALAYSIA

Malayan Tigress tewas tipis kepada pasukan kebangsaan Hong Kong dengan keputusan 3-2 dalam aksi persahabatan antarabangsa tier 1 pada Rabu di tempat lawan.

Pasukan Malaysia berjaya membuka akaun jaringan perlawanan terlebih dahulu menerusi Fazira Sani pada minit ke 11′ sekaligus memberikan kelebihan kepada Harimau Malaya.

Najwa Irdina menjarakkan kedudukan pada minit ke 30′ hasil gol cantik untuk memastikan Malayan Tigress berada di hadapan dengan 2 jaringan.

Pemain Hong Kong, Wai Ki Cheung merapatkan kembali defisit gol pada minit ke 42′ sebelum tamat separuh masa pertama.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-2 memihak kepada pasukan Malayan Tigress.

Bersambung babak kedua perlawanan, Hong Kong tampak menguasai perlawanan bagi memperoleh gol kedua pasukan tersebut.

Po Yan Chu meledak gol kedua Hong Kong pada minit ke 60′ sekaligus menyamakan kembali kedudukan aksi.

Beliau sekali lagi merobek gawang Malayan Tigress pada minit ke 68′ untuk memastikan Hong Kong meraih kemenangan dalam aksi persahabatan ini.

Malayan Tigress turut melakukan beberapa percubaan pada separuh masa kedua namun segala rembatan berjaya ditepis oleh penjaga gol Hong Kong.

Perlawanan antarabangsa tier 1 tamat dengan keputusan 3-2 memihak kepada pasukan tuan rumah, Hong Kong.