Malayan Tigress Umum 23 Pemain Ke Sukan SEA
MakanBola
FA Malaysia

Seramai 23 pemain Malayan Tigress dibawa Joel Cornelli untuk kempen Sukan SEA 2025.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai tersebut di platform rasmi mereka.

Pemain-pemain berpengalaman seperti Nurul Azurin Mazlan, Steffi Sarge Kaur, Nur Lyana Soberi dan Henrietta Justine terus menjadi pilihan Cornelli.

Jurulatih Brazil itu turut memanggil dua orang pemain yang berpangkalan di luar negara iaitu Kanchenjeet Kaur dan Tegen Su-Yin Butler dalam skuad kali ini.

Skuad negara akan bertolak ke Chonburi pada 3 Disember ini. Mereka akan berentap dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Myanmar dan Filipina.

Malaysia akan menentang Vietnam pada 5 Disember, Myanmar (8 Disember) dan Filipina (11 Disember) di Stadium TNSU, Chonburi.

Juara kumpulan dan naib juara kumpulan terbaik akan mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Malayan Tigress berharap dapat memanfaatkan pengalaman beraksi di Tri Nations Women’s International Series 2025 sebagai bekalan untuk kempen Kumpulan B.