Malaysia Ada 3 Beregu Dalam Ranking ‘Top 5’ Dunia
UltraSukan
BAC 2025

Malaysia kini memiliki tiga beregu lelaki yang berada dalam kelompok lima beregu lelaki terbaik dunia.

Ini berdasarkan kemas kini terbaru ranking Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) pada 11 November lalu.

Beregu nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terus unggul menduduki tangga kedua dunia dengan kutipan 92,450 mata.

Bekas beregu nombor satu dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani kini di tangga keempat dengan kutipan 78,790 mata.

Mereka diekori rapat satu lagi wakil negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun. Wei Chong-Kai Wun ketika ini meraih 76,383 mata.

Menariknya, kedua-dua regu ini turut memburu slot lapan regu terbaik yang akan beraksi di BWF World Tour Finals (WTF) di Hangzhou pada Disember ini.

Wei Chong-Kai Wun perlu mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir Japan Masters untuk mengesahkan slot mereka. Mereka juga mempunyai pilihan mara ke pusingan kedua Japan Masters dan suku akhir Australian Open untuk mengiringi Aaron-Wooi Yik.

Sze Fei-Izzuddin pula meraih gelaran juara Japan Masters dan naib juara Australian Open jika mahu mengulangi pencapaian layak pada edisi 2024.