Malaysia B-23 Atur Dua Aksi Persahabatan Sebelum Ke Sukan SEA
MakanBola
Malaysia NT

Skuad Malaysia B-23 bakal mengatur dua aksi persahabatan sebelum menghadapi cabaran Sukan SEA 2025 di Thailand.

Perkara ini disahkan pengendali pasukan itu, Nafuzi Zain apabila ditanya tentang persiapan pasukan itu sebelum menghadapi temasya tersebut.

Nafuzi memaklumkan kem latihan Malaysia B-23 bakal bermula pada penghujung November ini. Sepanjang kem latihan, dua aksi pemanas badan turut diatur untuk membantu persiapan mereka.

“Sekarang ini, kita tahu liga tengah berlangsung. Kebanyakan pemain kita bermain di Liga A1 dan ada yang bermain di Liga Super.

“Kita memulakan persediaan pada penghujung bulan 11.Mungkin kita ada latihan dan dua perlawanan persahabatan sebelum ke Sukan SEA,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Malaysia B-23 berada dalam Kumpulan B bersama juara Piala Mandiri ASEAN B-23, Vietnam dan Laos. Tiga juara kumpulan dan naib juara terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir.

Malaysia B-23 akan menentang Laos pada 8 Disember dan Vietnam pada 11 Disember. Kesemua perlawanan Kumpulan B membabitkan skuad negara akan berlangsung di Chiang Mai.