Malaysia B-23 Tumpas Kepada Negeri Sembilan
MakanBola
Malaysia NT

Skuad Malaysia B-23 menutup aksi pemanas badan dengan kekalahan tipis kepada Negeri Sembilan pada Jumaat.

Ujian ke-3 untuk skuad Malaysia B-23 bimbingan Nafuzi Zain apabila turun berdepan Negeri Sembilan sebelum terbang ke Indonesia bagi menghadapi Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025.

Pengendali Malaysia B-23, Nafuzi Zain menguji kesebelasan utama negara dengan menurukan Ubaidullah, Haykal Danish dan Fergus Tierney tatkala Khuzaimi Piee memimpin barisan pemain Negeri Sembilan.

Aksi berbalas serangan ditampilkan oleh kedua-dua pasukan dengan Negeri Sembilan hadir beberapa kali mengasak hasil gerakan Takumi Sasaki dan Luqman Hakim yang mengancam kubu Malaysia.

Kebuntuan jaringan terlerai menerusi tandukan Khuzaimi Piee yang menewaskan penjaga gawang Malaysia, Zulhilmi Shaari berpunca dari tendangan sudut dari sebelah kanan pintu gol pasukan negara.

Separuh masa pertama tamat, Malaysia B-23 0-1 Negeri Sembilan.

Bersambung babak kedua, aksi rancak kembali dipamerkan oleh kedua-dua lawan ini dengan para pemain muda negara tampak berdisiplin mengekang setiap serangan yang diatur skuad Jang.

Nidzam Jamil turut mengambil kesempatan untuk menguji keserasian pemain baharu dan lama dengan Jovan Motika yang tiba dari KL City dibawa masuk di pertengahan babak yang kedua ini.

Aksi di Stadium Cheras berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Negeri Sembilan.

Pasukan Malaysia B-23 bimbingan Nafuzi Zain ini menutup aksi pemanas badan ini dengan dua kemenangan dan satu kekalahan sebelum bertemu Filipina pada 15 Julai hadapan untuk perlawanan pertama.