Malaysia Bawa Dua Muka Baharu Ke Piala Sultan Azlan Shah
UltraSukan
MHC

Skuad hoki Malaysia membawa dua muka baharu untuk kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025.

Ini berdasarkan pengumuman senarai 20 pemain yang dipilih jurulatih hoki negara, Sarjit Singh baru-baru ini.

Dua tonggak Melaka, pemain pertahanan Muhammad Nur Asyraf Ishak dan pemain tengah Zufar Saiful Marsita dipilih Sarjit dalam skuad kali ini.

Nur Asyraf dan Zufar dipilih beliau kerana menampilkan persembahan cemerlang bersama Melaka dalam saingan Piala Tun Abdul Razak baru-baru ini.

Selain itu, penyerang senior, Faizal Saari turut kembali menyertai skuad negara. Selain beliau, Sarjit turut memilih Nusyafiq Sumantri, Muhajir Rauf, Azrai Aizad Abu Kamal dan Akhimullah Anuar Esook untuk bahagian serangan.

Malaysia akan membuka kempen PSAS dengan menentang New Zealand pada 23 November ini.

Hanya dua pasukan terbaik selepas pusingan aksi sekumpulan saja akan berentap di pentas final pada 30 November ini.