Australia melakukan tindakan pantas selepas memanggil khidmat pemain kacukan Malaysia-UK lebih awal.
Socceroos memanggil khidmat tonggak berusia 16 tahun, Hugo Ng itu bersama-sama dua lagi penjaga gol dalam senarai 23 pemain ke Kelayakan Piala Asia B-17 tempoh hari.
Beliau diturunkan dalam perlawanan persahabatan empat penjuru di Dubai menentang Ivory Coast sebelum tersenarai dalam skuad akhir ke Kelayakan Piala Asia 2027.
Hugo Ng mencipta sensasi apabila berjaya menjadi sebahagian daripada skuad Australia B-17 yang mencatatkan kemaraan ke pentas Piala Asia B-17 2026.
Australia B-17 berjaya merakamkan tiga kemenangan, masing-masing ke atas Jordan (1-0), Bhutan (3-0) dan Filipina (6-0) sebelum terikat 3-3 menentang Iraq.
Beliau juga mengembangkan karier bersama skuad muda Australia hasil bimbingan bekas jurulatih Malaysia B-23, Brad Maloney.
Tonggak yang lahir pada tahun 2009 ini difahamkan boleh mewakili tiga negara iaitu Australia, Malaysia dan United Kingdom (UK) namun kini mula mencipta nama bersama Australia.
Malaysia bagaimanapun tidak bernasib baik apabila hasrat ke pentas Piala Asia B-17 tertangguh susulan tewas 0-4 di tagan Vietnam.
Pasukan kebangsaan masih berpeluang untuk mendapatkan sentuhannya sekali gus berpotensi untuk menjadi pengganti jangka panjang buat posisi penjaga gol negara.