Malaysia Berpeluang Kutip Mata Ranking FIFA Lumayan Jika Atasi Palestin
MakanBola
Malaysia NT

Peluang besar buat Malaysia untuk mengutip mata ranking FIFA yang cukup lumayan seandainya berjaya menewaskan Palestin pada Isnin.

Pasukan Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski bakal turun dalam perlawanan persahabatan menentang Palestin pada Isnin setelah cemerlang mengatasi Singapura di Bukit Jalil

Kejayaan menumpaskan Singapura pada Khamis lalu berjaya memastikan 3.86 mata menjadi milik skuad negara sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke-122 ketika ini berdasarkan ranking masa-nyata.

Momentum tambahan mata ranking ini berpeluang untuk diteruskan lagi menjelang aksi persahabatan menentang Palestin dengan +5.89 mata jadi taruhan sekiranya skuad negara menang.

Jika senario ini berlaku, Malaysia juga mampu melonjakkan ke tangga 120 dunia mengikut ranking masa-nyata dengan mengumpul 1,148.23 mata dan memintas dua buah negara lain.

Manakala, jika aksi berakhir dengan keputusan seri, pasukan negara masih memperoleh tambahan 0.89 mata oleh kerana ranking Palestin yang lebih tinggi iaitu di tangga ke-97 dunia.

Perlawanan Malaysia vs Palestin dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 September ini dengan sepak mula aksi tepat jam 9 malam waktu tempatan.