Malaysia mendapat tonik tambahan bagi menghadapi Singapura pada September ini.
Skuad kendalian Peter Cklamovski cemerlang merekodkan kemenangan pada pertemuan terakhir menentang Vietnam pada aksi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027.
Pasukan kebangsaan juga kini memimpin carta Kumpulan F hasil kemenangan bersih 100 peratus selepas dua perlawanan dibantu dengan kehadiran beberapa muka warisan baharu.
Malaysia menerima sentuhan 7 muka baharu – Jon Irazabal, Garces, Gabriel Palmero, Hector Hevel, Imanol Machuca, Rodrigo Holgado dan juga Joao Figueiredo.
Laporan terbaru daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan bahawa Malaysia berpotensi menerima seorang lagi pemain warisan dalam masa terdekat.
Nama tonggak baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Nacho Mendez dijangka menjadi tonggak warisan kelapan yang menyertai era revolusi Harimau Malaya.
“Nacho Mendez adalah pemain warisan kelapan Harimau Malaya.
“Atuknya orang Penang, merupakan campuran Sepanyol, Cuba dan Malaysia,” ujarnya di laman X.
Malaysia dijadualkan bertemu Singapura uang menduduki tangga ke-159 dunia dan juga Palestin di laman sendiri pada aksi bulan September di kalendar FIFA dalam misi untuk memperbaiki kedudukan ranking semasa.
Harimau Malaya kini merupakan pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara selepas menghuni kedudukan ke-125 di dunia dengan 1138.48 mata.