Malaysia Jadi Lokasi Pilihan Uzbekistan & Uruguay Atur Aksi Persahabatan
MakanBola
SU/UFA

Malaysia dilapor bakal menjadi lokasi dua pasukan terkemuka dari Asia dan Amerika Selatan sebagai gelanggang aksi persahabatan mereka pada Oktober ini.

Dua pasukan yang dimaksudkan ialah pasukan ke-16 dunia, Uruguay dan pasukan ke-55 dunia, Uzbekistan. Khabar ini dikongsikan Football Agent – Malaysia.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui siapa lawan mereka untuk aksi persahabatan tersebut. Seandainya Malaysia dipilih sebagai lawan, kekangan jadual dijangka menjadi penghalang.

Ini kerana Harimau Malaya akan mengharungi dua aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos. Skuad negara akan menentang Laos terlebih dahulu pada 9 Oktober.

Ini disusuli aksi timbal balik pada 14 Oktober di mana Malaysia beraksi di gelanggang sendiri.

Ini bukan kali pertama Malaysia dipilih sebagai gelanggang aksi persahabatan oleh pasukan-pasukan antarabangsa.

Malah, negara turut menjadi gelanggang berkecuali untuk perlawanan antarabangsa seperti kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.