Skuad bola sepak Malaysia kini bertemu seteru Asia Tenggara, Vietnam kali ketiga tahun 2025.
Perseteruan antara dua pasukan terbaik di ASEAN ini cukup signifikan bermula daripada aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 pada Jun 2025.
Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski cemerlang melakar kemenangan kedua kumpulan selepas menundukkan Vietnam di Bukit Jalil dengan keputusan 4-0.
Pasukan kebangsaan kini terus mengungguli carta kumpulan hasil lima kemenangan dan mengumpul 15 mata – 3 mata berkelebihan ke atas Bintang Pahlawan Emas.
Kekalahan terpalit buat skuad Malayan Tigress kendalian Joel Cornelli selepas tunduk dengan keputusan 7-0 pada aksi Bola Sepak Wanita, Sukan SEA 2025 di Thailand.
Malayan Tigress kini menduduki tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata dan bakal berdepan tentangan Myanmar pada Isnin, 8 Disember 2025.
Satu lagi aksi menanti buat pasukan bola sepak lelaki Malaysia B-23 yang bakal menentang Vietnam B-23 pada perlawanan terakhir kumpulan Sukan SEA 2025.
Kedua-dua pasukan bakal berentap bagi merebur slot ke pentas separuh akhir Sukan SEA 2025 pada 11 Disember 2025 di Stadium Rajamangala, Bangkok jam 5.00 petang.
Satu lagi aksi melibatkan Malaysia vs Vietnam bagi aksi keenam (terakhir) di Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac 2026.