Malaysia ‘Kejar’ Indonesia
MakanBola
Malaysia NT/Timnas Indonesia

Jurang ranking antara dua pasukan Asia Tenggara, Malaysia dan juga Indonesia semakin kecil.

Kedua-dua pasukan dalam momentum terbaik sambil membawa misi besar untuk ke Piala Asia 2027 dan juga Piala Dunia 2026.

Harimau Malaya dalam momentum terbaik selepas menewaskan jaguh Asia Tenggara, Vietnam pada aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 dengan keputusan 4-0.

Sang Garuda bimbingan Patrick Kluivert pula kini dalam momentum terbaik untuk menempah tiket ke pentas Piala Dunia 2026.

Prestasi semasa kedua-dua pasukan menyaksikan persaingan untuk merebut tangga ranking FIFA semakin sengit tatkala Indonesia kini menduduki tangga ke-118 dunia dengan 1154.55 mata – naik 5 tangga berbanding kemas kini terdahulu.

Kedudukan ini menyaksikan Harimau Malaya terpisah 8 tangga dengan Sang Garuda apabila berada di tangga ke-126 dunia dengan 1135.54 mata. 

Indonesia kekal menjadi pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara di belakang Thailand (102) dan Vietnam (113) disusuli Malaysia.

Malaysia memiliki misi besar apabila beraksi di CAFA Nations Cup 2024 manakala Indonesia menanti saat untuk Pusingan Keempat Kelayakan Piala Dunia 2026.