Malaysia Layak Ke Piala Asia Futsal 2026
UltraSukan
FA Malaysia

Malaysia berjaya layak ke Piala Asia Futsal 2026.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia layak ke kejohanan itu buat kali pertama sejak edisi 2018. Perkara ini dikongsikan FAM dalam satu pengumuman ringkas di platform rasmi mereka.

Kemaraan ini direalisasikan apabila anak buah Rakhol Sainetngam menjadi sebahagian daripada tujuh pasukan yang bergelar naib juara terbaik kumpulan.

Malaysia muncul naib juara Kumpulan G apabila tewas kepada Iran 4-0 dalam aksi terakhir kumpulan. Meskipun tewas, skuad negara tetap mara selaku naib juara terbaik kumpulan.

Ini dicapai dengan kejayaan Malaysia menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1-0 dalam aksi pertama kumpulan. UAE kemudiannya menamatkan kempen kumpulan di tempat ketiga selepas menewaskan Bangladesh 8-2.

Kelebihan jaringan turut membantu skuad negara layak ke Piala Asia Futsal. Ini kerana anak buah Rakhpol memastikan mereka tidak dibolosi lebih daripada lima gol ketika menentang Iran.

Faktor perbezaan ranking juga turut menyumbang kepada kemaraan Malaysia ke kejohanan yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia itu.

Malaysia mengiringi dua lagi kuasa futsal ASEAN, Thailand dan Vietnam ke Piala Asia Futsal 2026. Thailand dan Vietnam masing-masing layak selaku juara Kumpulan B dan E.