Malaysia Memuncak, Vietnam Dalam Tekanan
MakanBola
Haniff Che Mohamad/MakanBola

Malaysia berada pada kedudukan terbaik sambil memberikan tekanan hebat kepada Vietnam.

Skuad kendalian Peter Cklamovski terus gah berada di puncak Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 apabila membenam cabaran Laos dengan keputusan 5-1.

Kejayaan di laman sendiri itu memastikan pasukan kebangsaan mengekalkan rekod bersih selepas empat perlawanan dan meninggalkan Vietnam dengan 3 mata.

Harimau Malaya berjaya meraih tambahan +13.30 mata FIFA (1161.53) daripada dua aksi sementara Vietnam mendapat +13.70 mata tambahan (1183.62) mata.

Malaysia kini menduduki tangga ke-118 dunia dengan 1161.53 mata, terpisah tujuh tangga dengan Vietnam yang berada pada kedudukan ke-111 dunia selaku pasukan kedua terbaik di Asia Tenggara.

Kedudukan masa-nyata FIFA ini menyaksikan kedua-dua pasukan hanya terpisah tujuh tangga dengan Malaysia muncul pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara.  

Bintang Pahlawan Emas juga berjaya merakam dua kemenangan ke atas Nepal untuk terus mengekori rapat skuad negara bagi merebut tangga teratas kumpulan. 

Aksi berikutnya menyaksikan Harimau Malaya bakal berdepan Nepal bagi perlawanan kelima Kelayakan Piala Asia 2027 pada 18 November 2025.