Malaysia menerima berita baik susulan kemenangan ke atas Singapura pada Khamis, 4 September lalu.
Skuad kendalian Peter Cklamovski melebarkan rekod tanpa kalah sejak berada di bawah kendaliannya menerusi kemenangan 2-2 ke atas The Lions.
Malaysia berterima kasih kepada jaringan Stuart Wilkin dan juga Joao Figueiredo untuk memastikan kemenangan ketiga sejak diambil alih oleh jurulatih kelahiran Australia itu.
Skuad kebangsaan berjaya meraih tambahan +3.86 mata sekali gus mengumpul 1,142 jumlah keseluruhan mata ranking FIFA.
Tambahan mata ini juga membolehkan ranking Malaysia melonjak ke kedudukan ke-123 dunia, naik dua anak tangga berbanding ranking semasa iaitu 125 dunia.
Malaysia bagaimanapun masih memiliki satu lagi ujian apabila bakal menentang pasukan ke-98 dunia, Palestin pada Isnin, 8 September 2025 di Stadium Sultan Ibrahim, jam 9.00 malam.
Harimau Malaya dijangka turun beraksi tanpa dua tonggak utama, Facundo Garces dan Dion Cools selepas difahamkan bakal pulang ke kelab masing-masing lebih awal.