Malaysia ‘Sambut’ Kedatangan Pasukan Ke-16 Dunia
MakanBola
AUF

Peminat di Melaka berpeluang untuk menyaksikan aksi daripada pasukan ke-16 terbaik di dunia.

Hal ini selepas Uruguay bakal tampil dengan dua aksi di Malaysia bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 FIFA melibatkan tiga pasukan.

Laporan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Uruguay (AUF) menyaksikan pasukan kebangsaan mereka bakal membuka tirai mementang pasukan ke-55 dunia, Uzbekistan pada 10 Oktober 2025 di Kuala Lumpur.

Perlawanan kedua menyaksikan pasukan kendalian Marcelo Bielsa bakal berdepan tentangan Dominican Republic yang menduduki tangga ke-142 dunia di Melaka.

Antara nama besar yang berpotensi untuk turun beraksi bersama Uruguay ialah Manuel Ugarte (Manchester United), Federico Valverde (Real Madrid), Ronald Araujo (Barcelona) dan juga bekas tonggak Liverpool, Darwin Nunez.

Skuad kebangsaan Harimau Malaya bagaimanapun bakal mengharungi dua aksi Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 menentang Laos, masing-masing pada 9 dan 14 Oktober 2025.