Malaysia kini memiliki kira-kira lima hari menjelang aksi Hari Perlawanan 3 Bola Sepak Lelaki di Sukan SEA 2025 Thailand bertemu Vietnam.
Skuad kendalian Nafuzi Zain bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 4-1 ke atas Laos pada Hari Perlawanan 2 di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Sabtu, 6 Disember 2025.
Pasukan kebangsaan bangki mengikat kedudukan menerusi tolakan bijak Haykal Danish pada babak pertama sebelum tiga lagi jaringan menyusul pada babak kedua.
Kemenangan ini membolehkan Malaysia B-23 kini mendahului carta Kumpulan B dengan tiga mata – terikat dengan Vietnam namun memiliki kelebihan jaringan.
Vietnam B-23 turut melakar kemenangan ke atas Laos dengan jaringan 2-1 sekali gus menjadikan aksi terakhir kumpulan sebagai penentu.
Malaysia B-23 bakal menerima tonik tambahan berdepan Vietnam di Rajamangala selepas tiga pemain bakal memperkuat pasukan iaitu Aliff Izwan, Ubaidullah Shamsul dan Fergus Tierney bakal menyertai pasukan.
Harimau Muda kini memburu slot selaku juara kumpulan untuk melayakkan diri ke pentas separuh akhir bagi edisi kali ini.
Perjalanan Laos pula sudah pun tamat susulan tewas kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan (0 mata).