Malaysia Umum 23 Pemain Hadapi Piala Mandiri ASEAN B-23
MakanBola
Malaysia NT

Pengendali Malaysia B-23, Nafuzi Zain mengumumkan barisan 23 pemain yang dibawa untuk menghadapi Piala Mandiri ASEAN B-23.

Ini selepas senarai akhir pemain ke kejohanan itu disiarkan di platform rasmi Malaysia NT. Tonggak berpengalaman seperti Fergus Tierney dan Ubaidullah Shamsul Fazili terus berada dalam perancangan Nafuzi.

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) itu turut menyenaraikan Haqimi Azim Rosli dan Shafizan Arshad dalam skuad kali ini.

Sebelum ini, Haqimi dan Shafizan meresahkan Nafuzi kerana mengalami masalah kecederaan. Ini menunjukkan kedua-duanya kembali cergas sekaligus membolehkan nama mereka disenaraikan.

Turut tersenarai dalam skuad Malaysia B-23 ke Indonesia ialah Muhammad Abu Khalil, Haykal Danish Mohd Haizon, Abdul Rahman Daud, Aysar Hadi dan Aliff Ahmad.

Skuad negara telah bertolak ke Indonesia, beberapa hari selepas aksi persahabatan terakhir mereka dengan Negeri Sembilan FC.

Malaysia B-23 berada dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Filipina dan Brunei. Mereka akan membuka kempen menentang Filipina pada 15 Julai.

Ini disusuli aksi menentang Brunei pada 18 Julai dan Indonesia pada 21 Julai.