Manuel Hidalgo Hampiri Harimau Malaya
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo semakin hampir bakal bergelar pemain Malaysia.

Sebelum ini, beberapa pemain import yang beraksi di Liga Super berpotensi menjadi pemain naturalisasi terbaru Harimau Malaya.

Ini disebabkan mereka telah berada di Malaysia selama lima tahun. Antara pemain tersebut ialah Hidalgo, Bergson da Silva dan Giancarlo Gallifuoco.

Kini, bekas pemain sayap Sri Pahang FC itu memaklumkan beliau akan menjadi pemain tempatan tidak lama lagi.

Ini kerana menjelang tahun 2026, itu merupakan tahun kelima beliau berada di Malaysia. Hidalgo percaya pada ketika itu, beliau mendapat pasport negara ini.

“Saya tunggu menjelang tahun depan, saya akan menjadi pemain tempatan dengan pasport kerana ini tahun kelima saya berada di Malaysia,” katanya selepas perlawanan.

Sekiranya itu menjadi kenyataan, ini bakal menambah pilihan pemain buat jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski di bahagian sayap.

Hidalgo membantu JDT memenangi Piala FA dengan mengalahkan Sabah FC 5-0. Beliau turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.