Matthew Davies Beri Khabar Gembira
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies memberikan khabar gembira kepada peminat bola sepak tanah air.

Tonggak berusia 29 tahun itu menjadi aset utama skuad Harimau Selatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini selain boleh beraksi pada beberapa posisi.

Pemain kelahiran Australia-Malaysia ini tidak beraksi dalam sebahagian besar perlawanan musim 2025-26 setelah difahamkan mengalami kecederaan.

Matt Davies bagaimanapun kembali ke sesi latihan JDT sejak minggu lalu menerusi kemas kini yang dikongsikan oleh laman Johor Southern Tigers menerusi hantaran sebelum ini. 

Pemain kebangsaan ini turut terlepas panggilan ke kem Harimau Malaya pada Oktober 2025 tatkala skuad negara berdepan Laos bagi aksi ketiga dan keempen Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Kali terakhir beliau dipanggil ke kem latihan pusat skuad negara adalah pada Jun 2025 ketika Malaysia menundukkan Vietnam dengan keputusan 4-0 di Bukit Jalil.

Davies merupakan pemain tunjang pada peringkat kelab dan negara – beraksi 29 perlawanan peringkat kelab dan 6 bersama pasukan kebangsaan pada tahun lalu.