Mentaliti Pejuang Azimat Negeri Sembilan Hadapi JDT
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Jurulatih Negeri Sembilan FC, Nidzam Jamil melihat mentaliti pejuang sebagai kunci pasukan itu menghadapi saingan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sang Rusa membuka kempen musim 2025/26 dengan turun menentang juara Piala Sumbangsih itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Nidzam mengakui bukan mudah buat Negeri Sembilan mencipta kejutan ke atas JDT. Ini kerana selain beraksi di gelanggang sendiri, Harimau Selatan turut memiliki rekod baik dengan Sang Rusa.

Pada masa sama, Nidzam percaya mentaliti pejuang yang dimiliki anak buahnya sebagai kunci mempamerkan aksi cemerlang di atas padang.

“Bertemu salah satu pasukan terbaik di Asia dalam aksi pertama adalah satu penghormatan tertinggi dalam memulakan kempen Liga Super musim ini.

“Kita akan melalui setiap perlawanan musim ini dengan sikap positif, mentaliti pejuang dan sifat profesional yang tinggi kepada pasukan,” katanya.

Sang Rusa dijangka menurunkan barisan terbaik bagi menghadapi ancaman juara Liga Super 11 kali itu.

Antara pemain yang dijangka menjadi taruhan Nidzam ialah Joseph Esso, Jovan Motika, Khuzaimi Piee, Azri Ghani dan Takumi Sasaki.