Mesin Gol Newcastle Hampiri Perpindahan Ke Liverpool
MakanBola
Newcastle United FC

Penyerang berbisa Newcastle United, Alexander Isak semakin hampir melengkapkan perpindahan ke Liverpool.

Perkara ini disahkan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Perpindahan ini juga bakal memecahkan rekod perpindahan termahal Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan nilai £130 juta (RM742 juta).

Rekod ini mengatasi rekod yang dicipta Liverpool apabila mendapatkan pemain perancang Bayer Leverkusen, Florian Wirtz.

The Reds terpaksa membayar £116.5 juta (RM664 juta) bagi mendapatkan khidmat Wirtz. Rekod itu mengatasi rekod perpindahan Chelsea sebanyak £115 juta (RM627 juta) untuk Moises Caicedo.

Sebelum ini, usaha The Reds mendapatkan penyerang Sweden itu tidak berhasil apabila The Magpies menolak tawaran £110 juta (RM627 juta).

Newcastle menolak kerana mahu Liverpool membayar nilai yang dimahukan mereka iaitu £130 juta (RM742 juta). Selain itu, The Magpies juga mahu mencari pengganti Isak sebelum perpindahan ini dapat diteruskan.

Susulan itu, Newcastle mendapatkan Nick Woltemade dari VfB Stuttgart dengan yuran perpindahan €85 juta (RM420 juta).

Isak bakal melengkapkan perpindahan ke Anfield selepas menyelesaikan ujian perubatan. Beliau dijangka membuat penampilan pertama bersama The Reds apabila pasukan itu menentang Burnley pada 14 September.

Berita ini menambah kegembiraan penyokong Liverpool. Sebelumnya, penyokong The Reds ceria apabila menewaskan Arsenal 1-0 di Anfield pada 31 Ogos lalu.