MFL ‘Gantung’ 3 Pemain JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Malaysian Football League (MFL) mengesahkan tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) digantung daripada menyertai mana-mana aksi Liga Malaysia (Liga M).

Tiga pemain tersebut ialah Hector Hevel, Jon Irazabal dan Joao Figueiredo. Keputusan tersebut dibuat selepas MFL menerima makluman daripada FAM tentang penggantungan tujuh pemain warisan negara yang dikenakan oleh FIFA.

Sepanjang tempoh penggantungan, Hevel, Irazabal dan Figueiredo tidak dibenarkan mewakili JDT sehingga keputusan rayuan FAM diumumkan oleh FIFA.

Trio tersebut mengikut jejak Gabriel Palmero, Imanol Machuca, Rodrigo Holgado dan Facundo Garces yang tidak dibenarkan beraksi untuk kelab masing-masing kerana berdepan penggantungan sama.

Rayuan FAM dijangka dikemukakan oleh Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang juga Ahli Majlis FIFA.

FAM diberi tempoh 10 hari untuk merayu kes mereka kepada tribunal bebas FIFA,