MFL Tawar 4 Pilihan Harga Tiket Aksi Final Piala FA
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tiket aksi final Piala FA musim ini pada 14 Disember mempunyai 4 pilihan harga tiket bagi pertembungan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah.

Menurut info tiket di laman media sosial MFL, perlawanan pada 14 Disember ini bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

JDT mara ke pentas final selepas menumpaskan pasukan Kuching City dengan secara agregat 4-1 sekaligus mara ke perlawanan akhir kali keempat berturut-turut.

Selepas itu, Sabah berjaya membenam cabaran Selangor dalam penentuan sepakan penalti 5-4 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad selepas terikat 5-5 secara agregat.

Tiket bagi perlawanan final Piala FA musim ini di antara JDT dan Sabah dijual dengan 4 pilihan berbeza iaitu RM50 (GA50), RM70 (GA70), RM 150 (Premium) dan RM200 (VIP Grandstand).

Aksi ini bakal mengimbas kembali perlawanan final edisi 1998 yang ketika itu Johor berjaya membenam cabaran Sang Badak dengan keputusan 1-0 hasil jaringan pemain import, Milan Blagojevic.

JDT bakal menentang pasukan Sabah dalam aksi final Piala FA musim ini di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Disember.