MFL Tubuh Pasukan VAR Jarak Jauh
MakanBola
Sri Pahang FC

MFL tekad tubuh pasukan VAR jarak jauh kerana kehadiran 3 pasukan dari Borneo iaitu Kuching, Sabah, dan Brunei DPMM.

Malaysia Football League (MFL) bakal menubuhkan pasukan VAR dari jarak jauh bagi meneliti setiap keputusan VAR yang berlaku di stadium pasukan Kuching, Sabah dan Brunei DPMM.

Menurut Mohd Shazli Shaik Mohd, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL ” Untuk VAR apa yang boleh saya maklumkan untuk tahun ini kita ada 3 pasukan daripada Borneo kita ada Kuching, Sabah dan Brunei DPMM.”

“Dan MFL sedang mempersiapkan VAR team untuk membuat remote VAR yang mana kita tidak perlu menghantar kumpulan VAR pengadil ke Borneo tapi kita ada pusat data di Kuala Lumpur hanya pengadil VAR sahaja perlu ke venue tersebut.”

“Pada 1-3/8 kumpulan VAR akan ke Brunei untuk mencuba remote bagi melihat signal daripada Brunei untuk kita laksanakan VAR bagi tiga pasukan Borneo tersebut.”

Pada musim ini Liga Super Malaysia bakal disertai 13 pasukan dan turut bakal dimeriahkan dengan kehadiran pasukan dari Brunei iaitu DPMM.