Miguel Cifu Mohon Maaf
MakanBola
Sabah FC

Pemain import Sabah FC, Miguel Cifu memohon maaf selepas tamat perlawanan akhir Piala FA menentang JDT.

Menerusi suatu hantaran di laman Instastory, Miguel Cifu memohon maaf kepada rakan sepasukan dan penyokong setia Sabah memberikan dukungan penuh buat pasukan di final.

Tonggak kelahiran Sepanyol itu juga sempat menjelaskan insiden sebenar yang berlaku apabila beliau hanya mahu mendapatkan bola namun sebaliknya pengadil melayangkan kad merah.

”Saya memohon maaf kepada pasukan dan buat semua penyokong yang menyokong kami pada hari istimewa ini,”

“Semalam merupakan kali pertama saya terima kad merah sepanjang karier profesional saya.

“Saya hanya cuba merebut bola dan amat kesal kerana tidak dapat berjuang hingga ke akhir bersama anda semua,” jelas Miguel Cifuentes.

Di akhir kenyataan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan yang diberikan buat pasukan Sabah.

“Terima kasih atas sokongan yang diberikan.”

Instastory Miguel Cifuentes Miguel Cifu Mohon Maaf
Instagram: miguelcifu

Sabah muncul naib juara Piala FA 2025-2026 selepas tewas kepada JDT 5-0 hasil jaringan Jonathan Silva, Jairo Da Silva, Oscar Arribas dan Manuel Hidalgo selain jaringan sendiri oleh Rawilson Batuil.