Bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Milos Gordic merasa hairan melihat dua pasukan Kedah bersaing dalam saingan Liga A1 Semi-Pro.
Pandangan itu dibuat beliau selepas mengetahui Kedah DA bersaing dengan satu lagi pasukan dari negeri sama, Kedah FA.
Gordic merasakan kewujudan dua pasukan tersebut tidak membantu penyokong Kedah sama sekali. Ini kerana pada hematnya, lebih baik sumber yang sedia ada digunakan untuk membantu Kedah DA.
“Saya lihat kelab baru – Kedah FA – telah ditubuhkan dan mendapat sokongan yang diperlukan untuk berfungsi dengan normal. Saya tiada niat mempersoalkan kewujudan mereka tetapi saya tanya diri sendiri: kenapa?
“Tidakkah ada solusi bersama yang boleh diambil supaya ada satu kelab bersejarah yang penting saja wujud – Kedah Darul Aman?
“Itu bukan saja memelihara tradisi daripada mencetuskan perpecahan di mana itu tidak memberi manfaat kepada penyokong atau bola sepak Kedah,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Gordic beraksi bersama Kedah DA pada 2024/25 dengan mencipta empat gol dan satu bantuan gol dalam 26 penampilan liga.