Harimau Malaya berharap dapat menyelesaikan misi ke Piala Asia 2027 pada tahun hadapan.
Tahun 2025 menyaksikan Malaysia mengungguli Kumpulan F dengan 15 mata. Ini terhasil daripada lima kemenangan yang diraih dalam lima aksi kumpulan.
Harimau Malaya membuka kempen Kumpulan F dengan menewaskan Nepal 2-0. Ini disusuli kemenangan besar ke atas Vietnam 4-0 pada Jun lalu.
Rentak kemenangan itu diteruskan apabila bertemu Laos pada Oktober lalu. Selepas meraih kemenangan 3-0 di Vientiane, anak buah Peter Cklamovski membelasah lawan sama 5-1 di Kuala Lumpur.
Ini disusuli kemenangan 1-0 ke atas Nepal pada November lalu. Harimau Malaya menjaringkan 15 gol dan hanya dibolosi sekali dalam lima aksi.
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim muncul penjaring terbanyak Harimau Malaya dalam pusingan kelayakan dengan tiga gol.
Kini, fokus Harimau Malaya ialah aksi terakhir menentang Vietnam pada Mac 2026. Aksi ini dijangka menarik kerana kembalinya peledak berbisa Vietnam, Nguyen Xuan Son.
Sebelum ini, Xuan Son terlepas aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akibat kecederaan serius. Kehadiran penyerang berdarah Brazil itu bakal memberi pilihan kepada Kim Sang-sik.
Malaysia dan Vietnam bakal berentap di negara itu pada Mac ini untuk menentukan pasukan mana layak ke Piala Asia 2027.