Misi Ke ACLE, Kitchee Bawa Masuk Bekas Bintang Real Madrid
MakanBola
Kitchee SC

Kelab Hong Kong, Kitchee SC memasang cita-cita besar untuk kembali beraksi di pentas ACLE. Kelab itu berharap bekas bintang Real Madrid, Asier Illaramendi sebagai orang mengetuai misi tersebut.

Kali terakhir Kitchee beraksi di pentas Asia ialah saingan ACL musim 2023/24. Walau bagaimanapun, mereka tersingkir di peringkat kumpulan selepas berada di tempat keempat Kumpulan F.

Selain Kitchee, kumpulan itu turut mengandungi Bangkok United, Jeonbuk Hyundai Motors dan Lion City Sailors (LCS).

Kini, cita-cita kembali ke Asia semakin membara dengan mereka kini menduduki tangga teratas liga Hong Kong dengan 23 mata.

Selain itu, mereka juga masih belum tewas dalam liga dengan rekod tujuh kemenangan dan dua keputusan seri.

Hal ini dibantu dengan perpindahan Illaramendi ke kelab itu pada September 2025. Meskipun hanya tiba beberapa bulan lalu, pemain tengah Sepanyol itu sudah merekodkan empat penampilan.

Selain Illaramendi, kontinjen Sepanyol di Kitchee turut mengandungi Leandro Martinez, Roger Riera dan Adrian Revilla. Mereka turut disertai bekas jurulatih Brighton B-18, Inigo Calderon.

Kitchee juga memiliki Matheus Dantas, Kendy, Ruslan Mingazov, Yumemi Kanda dan Juninho sebagai tonggak import.

Tidak mustahil sekiranya mereka layak ke ACLE musim hadapan, Kitchee berharap dapat mengulangi pencapaian mara ke peringkat pusingan 16 terbaik.

Pencapaian itu dilakar pada musim 2022. Walau bagaimanapun, kemaraan mereka dihalang BG Pathum United menerusi kemenangan 4-0 pada 19 Ogos 2022.