Mo Salah Pimpin Bacaan Doa Skuad Mesir
MakanBola
Egypt NT

Penyerang berbisa Mesir, Mo Salah mengetuai bacaan doa pasukan itu sebelum menghadapi perlawanan.

Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) memuat naik satu video bacaan doa The Pharoahs sebelum aksi Kumpulan B AFCON 2025 menentang Zimbabwe.

Salah yang juga kapten pasukan mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas dan bacaan doa ringkas.

Bacaan doa dibuat bukan saja memohon kepada Ilahi agar diberi kekuatan dan kesenangan bila beraksi di atas padang.

Malah, ini bertujuan menyuntik semangat seluruh pasukan Mesir agar berjuang habis-habisan demi negara.

Mesir sudah layak ke pusingan 16 pasukan terbaik AFCON selepas menewaskan Afrika Selatan 1-0. Penalti Salah pada babak pertama memastikan tiket pusingan itu dalam genggaman Mesir.

Mereka boleh mara selaku juara kumpulan dengan syarat menang atau seri dengan Angola.