MPFL: Nilai City Tarik Diri
UltraSukan
FA Malaysia

Nilai City SC menarik diri daripada saingan Divisyen 2 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).

Keputusan mengejut itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini.

Nilai City mengambil keputusan tersebut selepas mengambil kira isu perlanggaran kontrak oleh beberapa pemain utama yang gagal menghadirkan diri ke sesi latihan dan perlawanan.

Susulan itu, semua keputusan tujuh perlawanan membabitkan Nilai City SC sebelum ini adalah dibatalkan.

FAM turut memaklumkan dua aksi lain Nilai City iaitu USMKK FC dan Kuala Lumpur 2 yang berlangsung pada 28 dan 29 Jun juga dibatalkan.

Nilai City kini berdepan tindakan disiplin termasuk denda dan penggantungan. Keputusan itu dijangka diputuskan Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM serta Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Sebelum ini, nama pasukan yang berpangkalan di Negeri Sembilan itu menjadi bualan peminat futsal negara.

Ini selepas Nilai City hanya menurunkan lima pemain untuk aksi Divisyen 2 MPFL menentang Kelantan FT pada 22 Jun lalu.