Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nacho Mendez difahamkan memiliki pertalian yang membolehkannya mewakili Malaysia.
Tonggak berusia 27 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2025-26 dari kelab Sepanyol, Sporting Gijon dan berjaya menjulang trofi pertama di Malaysia.
Beliau memainkan watak penting selaku jentera tengah JDT dan membentuk gandingan cemerlang bersama seorang lagi pemain warisan negara, Hector Hevel.
Malah, senarai kesebelasan utama yang dikeluarkan oleh Malaysia Football League (MFL) juga menunjukkan bahawa Nacho Mendez telah didaftarkan selaku pemain tempatan bersama-sama Hevel, Jon Irazabal dan juga Joao Figueiredo.
Laporan terdahulu daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengesahkan bahawa pemain ini layak untuk mewakili tiga negara.
“Nacho Mendez adalah pemain warisan kelapan Harimau Malaya.
“Atuknya orang Penang, merupakan campuran Sepanyol, Cuba dan Malaysia,” ujarnya di laman X.
Pemain kelahiran Luanco ini telah beraksi sebanyak 218 perlawanan profesional di Sepanyol selain merekodkan 17 jaringan dan 11 bantuan jaringan.
Mendez berpeluang untuk membuat kemunculan pertama bersama Harimau Malaya pada aksi kalendar antarabangsa FIFA, September ini bersama skuad kendalian Peter Cklamovski.
Harimau Malaya akan menguji dua pasukan Asia iaitu Singapura dan Palesin yang dijadual berlangsung di Malaysia.