Harimau Malaya akan diperkuat dengan kehadiran pemain warisan baharu daripada Johor Darul Ta’zim (JDT), Nacho Mendez.
Pada Rabu, Nacho Mendez telah diperkenalkan secara rasmi oleh pasukan JDT menerusi sebuah hantaran di laman media sosial yang menyaksikan kehadiran bekas bintang Sporting Gijon itu.
“Nacho Mendez menjadikan Johor sebagai destinasi pertamanya selepas menghabiskan karier di Sepanyol!” umum JDT dalam satu kenyataan.
Kini, dalam sebuah pengumuman baharu, Nacho Mendez disahkan menyertai pasukan JDT dengan status sebagai pemain tempatan selepas memiliki darah warisan Malaysia.
”Pemain warisan Malaysia, Nacho Mendez sertai JDT,” ujar Johor Southern Tigers.
Pengumuman tersebut sekaligus mengesahkan status Nacho Mendez selaku pemain warisan baharu Malaysia, melayakkan beliau untuk menyarung jersi pasukan Harimau Malaya nanti.
Laporan sebelum ini mengatakan bahawa Nacho Mendez memiliki hubungan dengan Malaysia melalui datuk beliau yang berasal dari Penang.