Nafuzi Zain Hormat 3 Lawan Di Kelayakan Piala Asia B-23
MakanBola
Malaysia NT

Jurulatih skuad muda Malaysia, Nafuzi Zain meluahkan rasa hormat kepada

Saingan Kelayakan Piala Asia B-23 bakal membuka tirainya pada Rabu dengan pasukan Malaysia kendalian Nafuzi Zain akan turun menentang Lubnan dalam perlawanan pertama.

Selain Lubnan, skuad Harimau Muda ini turut bakal berdepan cabaran pasukan tuan rumah pusingan kelayakan kali ini iaitu Thailand serta Mongolia yang bersaing di dalam kumpulan F.

Oleh itu, Nafuzi Zain menganggap rasa hormat adalah suatu keperluan kepada setiap lawan yang akan dihadapi Malaysia di dalam kumpulan ini yang turut disifatkan cukup mencabar.

“Pertama sekali, saya ingin menyatakan rasa hormat saya buat 3 pasukan di sini iaitu Thailand, Lubnan dan Mongolia,” ujar Nafuzi Zain ketika sidang media.

“Saya rasa Malaysia kini berada di dalam satu kumpulan yang sukar, kumpulan yang sungguh mencabar kerana ketiga-tiga negara lain adalah pasukan yang sangat bagus.”

“Kami datang ke sini dengan tekad untuk memberikan segalanya demi layak ke pusingan akhir.

“Bagi saya, ini merupakan kejohanan kedua. Yang pertama adalah di Indonesia (Piala Mandiri ASEAN B-23).”

“Saya berharap kami dapat memberikan persembahan yang baik dan menunjukkan kami mampu bermain bola sepak yang berkualiti.”

“Walaupun, kebanyakan pemain kami terdiri daripada pemain yang muda dan juga ramai muka baharu, kami tetap berjuang sedaya upaya untuk mara ke pusingan akhir.”

Malaysia B-23 akan bertemu Lubnan dalam aksi pembukaan pada sebelah petang hari Rabu tatkala tuan rumah, Thailand pula