Nepal Minta Batalkan Kemenangan Malaysia?
MakanBola
FA Malaysia

Pasukan kebangsaan Nepal difahamkan telah meminta kemenangan Malaysia dibatalkan.

Kedua-dua pasukan telah bertemu pada aksi pertama Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim pada Mac 2025.

Harimau Malaya berjaya merekodkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Nepal di laman sendiri dan kini berada di tangga teratas kumpulan dengan 12 mata selepas empat perlawanan.

Laporan daripada VNExpress menyatakan bahawa Persatuan Bolasepak Seluruh Nepal (ANFA) telah memfailkan bantahan terhadap kemenangan Malaysia tempoh hari.

“Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal telah memfailkan aduan terhadap Malaysia, selepas Hector Hevel merupakan salah seorang penjaring gol dalam kemenangan 2-0 Malaysia ke atas Nepal pada Mac, diputuskan tidak layak oleh FIFA.

“Ini bermakna keputusan itu boleh dibatalkan,” ujarnya memetik laporan The Guardian.

Laman berita terkemuka Malaysia iaitu Astro Arena juga telah melaporkan berita ini baru-baru ini.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung dakwaan berita ini tatkala Malaysia kekal berada di puncak kumpulan selepas mengekalkan rekod tanpa kalah.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan sebelum ini menyatakan pendirian teguh bahawa tujuh pemain di bawah revolusi Harimau Malaya ini adalah sah sebagai rakyat Malaysia.

“FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah.

FAM juga menegaskan bahawa pihaknya bakal mengemukakan rayuan rasmi untuk mempertahankan maruah bola sepak Malaysia. 

“Rayuan rasmi kini sedang disediakan dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia,” tambah kenyataan tersebut.