Nidzam Jamil & Alex Agyarkwa Kembali Bersatu
MakanBola
NSFC/SFC

Pengendali Negeri Sembilan FC, Nidzam Jamil kembali bekerjasama dengan pemain tengah Ghana, Alex Agyarkwa.

Ini selepas pemain tengah berusia 24 tahun itu melengkapkan perpindahan pinjaman dari Selangor FC ke Negeri Sembilan baru-baru ini.

Perpindahan tersebut diumumkan pengurusan Sang Rusa menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka.

“Pinjaman yang bukan biasa-biasa — Alex Agyarkwa turun ke Negeri Agyadengan kuasa, visi dan kekuatan tengah padang! Jentera serangan kini ada enjin baharu!

Pihak kelab dengan ini mengumumkan ketibaan Alex Agyarkwa di Paroi secara pinjaman dari Selangor FC selama satu musim,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Agyarkwa cukup mengenali Nidzam. Ini kerana beliau mengenali jurulatih berusia 45 tahun itu semasa bersama Merah Kuning sebagai penolong jurulatih dan jurulatih.

Menariknya, Agyarkwa menjadi pemain kelima Selangor yang memilih berkelana ke Paroi. Selain beliau, Negeri Sembilan turut merekrut Khuzaimi Piee, Syahmi Adib, Azrin Afiq dan Haiqal Haqeemi.

Agyarkwa menjadi pemain import ketiga Negeri Sembilan selepas Jovan Motika dan Mio Tsuneyasu. Selain mereka, Sang Rusa turut mengekalkan Takumi Sasaki dan An Sang-su.