Presiden Kelantan Red Warrior (Kelantan RW), Nik Hafiz Naim mengumumkan pengunduran dari jawatan tertinggi kelab berkenaan.
Menerusi kenyataan media pada Sabtu, Nik Hafiz dengan dukacita mengundurkan dari dari jawatan selaku Presiden Kelantan Red Warrior berkuat-kuasa serta-merta.
“Saya Nik Hafiz Naim Nik Hassan, dengan ini mengundurkan diri dari jawatan Presiden Kelantan Red Warrior FC,” umum beliau dalam kenyataan terbaharu.
Beliau mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan penghargaan kepada ketua jurulatih, Irfan Bakti dan seluruh barisan kejurulatihan yang sudi bersama pasukan dari Pantai Timur itu.
“Pertamanya, terima kash kepada Coach Irfan Bakti atas kepercayaan kepada kelab ini. Walaupun beliau telah bersara dari arena bolasepak. Beliau kembali hanya kerana Kelantan Red Warrior.”
“Terima kash juga kepada Coach Kamaruddin (Penolong Ketua Jurulatih), Coach Sidek Samsuddin, Coach Ismail Chawalit dan semua barisan kejurulatihan serta pihak pengurusan kelab yang menjadi tulang belakang kepada kelab.”
Penghargaan khas juga diucapkan buah delegasi Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) yang selama ini berjuang bagi menubuhkan kelab Kelantan RW sehingga dapat menempa nama dalam kancah bola sepak Malaysia.
“Terima kasih kepada Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) kerana bersama-sama dalam perjalanan ini untuk untuk menubuhkan KRW FC.”
“Hari ini kita telah berjaya meletakkan kelab ini dalam kancah bola sepak Malaysia. Terima kash kepada keluarga, sahabat dan kenalan yang sentiasa beri dokongan dan sokongan.”
Tidak dilupakan juga, Nik Hafiz mengucapkan terima kasih buat seluruh peminat bola sepak Kelantan yang berada di belakang beliau dalam menaikkan kelab sehingga sekarang.
“Terima kash yang tidak terhingga kepada peminat dan penyokong KRW FC kerana menyayangi saya,”
“Saya berharap peminat dan penyokong akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kelab kita ini.”