Pemain sayap Imigresen FC, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim terpaksa berehat panjang akibat kecederaan serius.
Ini selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi memaklumkan Nik Sharif mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL).
Kecederaan itu dialami pemain sayap berusia 28 tahun itu ketika beraksi dalam satu aksi persahabatan untuk The Mighty Tigers baru-baru ini.
Nik Sharif difahamkan akan menjalani pembedahan di Alor Setar, Kedah bagi membantu proses pemulihan kecederaan tersebut.
“Difahamkan pemain tengah Imigresen FC, Nik Sharif Haseefy mengalami kecederaan ACL ketika aksi persahabatan baru-baru ini.
“Pemain pinjaman dari Terengganu FC itu dijangka menjalani pembedahan di Alor Setar hari ini,” katanya di X.
Nik Sharif menyertai Imigresen secara pinjaman dari Terengganu FC untuk kempen musim ini. Selain Peteh, beliau juga pernah beraksi untuk Sri Pahang FC dan Selangor FC.