Ong Kim Swee Jadi Pilihan Hazwan Bakri
MakanBola
KCFC/PK

Bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri memilih Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih pilihan beliau.

Jawapan tersebut diberi apabila siapa jurulatih yang menjadi pilihannya sepanjang berkecimpung dalam arena bola sepak Malaysia.

Hazwan yang mesra disapa Jack memilih Kim Swee kerana bekas pengendali Sabah FC itu bijak mengendalikan hubungan antara jurulatih dan pemain.

“Saya rasa Datuk Ong (Kim Swee). Sebab beliau pandai (kendali hubungan antara pemain),” katanya semasa menjadi tetamu Borak Borak Botak.

“Dia pun tahu cara macam mana (nak manfaatkan kelebihan yang dimiliki seseorang) pemain.”

Hazwan bukan asing dengan sentuhan Kim Swee. Ini kerana beliau pernah beraksi di bawah bimbingannya untuk pasukan Harimau Muda A pada 2012 dan 2013.

Kedua-duanya kembali bekerjasama apabila Kim Swee dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya pada 2015. Sebahagian besar daripada penampilan Hazwan bersama Harimau Malaya direkodkan semasa era beliau.

Hazwan kini mewakili Kuching City FC untuk saingan Liga Super musim ini. Kim Swee pula berkelana ke Indonesia di mana beliau kini jurulatih Persik Kediri.