Ong Kim Swee Mulakan Tugas Pengarah Teknikal AMD
MakanBola
Persis Solo

Datuk Ong Kim Swee dilaporkan sudah memulakan tugasan beliau selaku Pengarah Teknikal di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Sebaik meninggalkan kelab Indonesia, Persik Kediri minggu lalu, masa hadapan Ong Kim Swee menjadi perhatian ramai selepas diumumkan bakal kembali ke Malaysia setelah satu tahun di luar negara.

Terkini, menurut laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Datuk Ong Kim Swee sudah pun memulakan tugas rasmi di AMD sebagai Pengarah Teknikal di sana berkuat-kuasa pada Rabu.

”Difahamkan Datuk Ong Kim Swee sudah mula tugasan hari pertama sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari pada Rabu,” lapor Fina Nasrom.

Manakala, bagi jawatan Pengarah Teknikal National Football Development Programme (NFDP) akan diumumkan selepas mesyuarat pada 10 Disember dengan Datuk Richard Schully disebut sebagai calon utama.