Oscar Arribas Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik ACLE Minggu 3
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Pertahanan kebal JDT, Oscar Arribas tersenarai bersama-sama bintang Asia dalam kesebelasan terbaik ACLE minggu ke 3.

Beliau yang beraksi penuh dalam aksi ketiga ACLE JDT dilihat tampil dengan penuh bertenaga ketika menentang Chengdu Rongcheng wakil dari China pada 21 Oktober di tempat lawan.

Oscar Arribas mencatatkan rating sebanyak 8.7 dari Sofascore selepas mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan ketika bertemu Chengdu Rongcheng.

Selain Oscar Arribas, Regi Lushkja (Tractor SC), Houssem Aouar (Al-Ittihad), Moussa Diaby (Al-Ittihad) dan Guilherme Bala (Shabab AlAhli) turut tersenarai dalam kesebelasan terbaik.

Selain itu, Yuki Soma (Machida Zelvia), Federico Cartabia (Shabab AlAhli), Seo Myong (Ulsan HD), Kalidou Koulibaly (Al-Hilal), Ala Zouhir (Al-Wahda) dan Chen Wei (Shanghai Port) merupakan pemain-pemain melengkapkan kesebelasan terbaik minggu 3 ACLE musim ini.

Oscar Arribas dan JDT bakal meneruskan aksi ACLE dengan menentang Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim pada 5 November depan.