Pengendali Buriram United, Osmar Loss meninggalkan kelab tersebut selepas 1 tahun 4 bulan memimpin kelab tersebut sejak Jun 2024.
Beliau telah memimpin pasukan Buriram United selama 72 aksi dengan mencatatkan mata 2.24 per 3 dalam satu perlawanan.
Osmar Loss menyertai skuad Buriram United dari pasukan liga Iran iaitu kelab Persepolis.
Menerusi satu kenyataan di laman media sosial kelab tersebut, Buriram United mengucapkan terima kasih kepada Osmar Loss yang membimbing pasukan sehingga berjaya.
“Kelab Buriram United ingin mengucapkan terima kasih Osmar Loss Vieira. Ketua jurulatih yang membimbing kelab ini sehingga berjaya dan mencipta banyak momen bahagia bersama pasukan.”
Tambahan, Buriram United telah melantik jurulatih sementara bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Osmar Losses.
“Kepada pengurusan selepas ini. Emerson Pereira da Silva telah dilantik dari kelab untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemangku jurulatih sementara Buriram United,” kata kelab tersebut dalam satu hantaran di laman media sosial.
Buriram United bakal meneruskan aksi dalam saingan ACLE dengan menentang Melbourne City di tempat lawan pada 21 Oktober ini.